Sunday, June 1, 2008

Aduhai Anak Bangsaku...


Ada kalian baca paper Metro Ahad hari ni?
Hah! yang muka depannya tuh laaaa!!!
aduhhhhhhhhhh!!!~

keadaan dah semakin kritikal sekarang ni...!!!~
malu, semalu malunya...!!!~

pelajar sekolah kini sudah berani buat apa saja.
mereka langsung lupa tanggungjawab sebenar mereka.
petikan akhbar Harian Metro itu benar-benar buat aku tersentak di pagi Ahad yang indah ini...huhuhuhu

hal masyarakat memang terasa dekat sangat pada aku. Sebagai salah seorang pemuda negara, tanggungjawab untuk bersama mengatasinya terasa ada. Aku sendiri tak nak tengok anak bangsa aku jadi lebih teruk. Dulu sibuk kita kutuk sikap remaja barat tapi sekarang ni, nampak lebih kurang sama aje... yang beza cuma warna kulit dan bahasa. kalau bab jenayah tu memang dasyat-dasyat. Mereka berani cuba apa aje janji dapat kepuasan. Bagi mereka zaman remajalah zaman bebas yang sebenarnya kerana nak apa saja boleh mintak duit ibu bapa... tak payah susah-susah kerja, hitung hari sampai sebulan dan baru dapat gaji... huhuhuhu

Pihak polis pun rasanya dah makin pening dengan peningkatan jenayah oleh remaja sekolah kita. Program dah macam-macam kerajaan dan agensi swasta buat... tapi... ishk,ishk,ishk...

entahlah... mungkin ramai antara kita buat donnow ajer...

"itukan anak orang...mak bapak dia yang tak pandai jaga....padanlah muka!...".

aduhhhhhhh!!!~ Sepatutnya kita janganlah cakap macam tu, berjiwa rakyatlah sikit...
mana semangat perpaduan dan patriotik kita dalam membangunkan tamadun negara...
pada pihak ibu bapa tu, ambil tindakan bijak dan tegas dalam mengawasi anak anda...
pihak sekolah dan macam-macam pihak yang berkaitan tu tolonglah lakukan sesuatu!

mungkin pendapat anda berbeza...
masing-masing punya hak dalam berikan pendapat...
tapi harapan aku tetap satu, kalau boleh takmo tengok langsung bebudak sekolah ni keluar paper lagi pasal kes kes tak senonoh macam ni... jijik aku baca artikel tu. adoiiiiiiiiiiiiii!!!~

aduhai anak bangsaku sayang...