Wednesday, June 18, 2008

Nilai Sebuah Persahabatan...

Sahabat... Kawan... Teman... Rakan...Member...

hehehe... macam-macam istilah kita gunakan dalam panggilan bagi insan yang kita kenali ini. Tapi walau apapun yang kita panggil, maknanya lebih kurang sama jugak...
Yang penting kita mesti hargai sepenuhnya ikatan persahabatan tu.

kawan dulu, kawan sekarang... lain dan berbeza ke???...

bagi aku, kawan paling jujur adalah kawan masa sekolah aku dulu...
tak pandai nak ambil kesempatan, tak pandai nak bermuka-muka, tikam belakang dan macam-macam yang sebagainyalah... huhuhu
kitorang saling mengenali masa sama-sama perlukan kawan dalam hidup.
belajar sama-sama, keluar sama-sama, enjoy sama-sama...
ibu bapa masing-masingpun kita dah kenal...

dan sampai sekarang ikatan tu masih kuat lagi...sampailah masing-masing masok Universiti, dah kerja dan ada juga yang sudah berumah tangga.
yang aku rapat ada dalam 6-7 orang...

Walaupun time aku di Universiti dan kerja ni ada ramai lagi kawan baru tapi tak sama dengan mereka. Bila lepak dengan sahabat time sekolah dulu ia terasa lain. Lain sangat... Payah nak hipokrit kerana masing-masing dah kenal sangat perangai yang sebenar... hehehehe.
Ada kadang tu sikap kami masih macam zaman sekolah dulu... hahahaha

merekalah sahabat paling bererti dalam hidup aku sebenarnya... yang telah memberikan aku sepenuhnya keyakinan dalam diri ini. Dan bila aku berjaya hingga ke tahap sekarang, aku tetap tak lupa kekawan aku tu semua... sebab masa sekolah dulu mereka banyak bagi mood untuk aku lebih fokus dalam pelajaran... huhuhuhu... panjang storynya, kalo nak tau lehlah jumpa aku, nanti aku citerkan semuanya sampai abis...... eheks!~

ok, back to topic plssss!!!

Kalau zaman 90-an dulu, kita kalau nak cari kawan baru sure akan belek majalah hiburan terutamanya. hehehehe... Pasal dalam tu lah selambak mereka-mereka yang nak berteman dan berkekasih... Kalau nak join kita kenalah usaha hantar gambar, biodata dan kena pos semuanya tu di alamat ruangan berkenalan majalah tersebut. Dan lepas tu mulalah dapat surat berpucuk-pucuk... tapi gambar yang kita hantar tu haruslah malatops hokay!~ hehehehe

Tapi sekarang lain... zaman dah berubah.

nak cari kawan baru dah tak payah susah-susah antau surat lagi... pasal sekarang dah ada internet. Laman web seperti MiRC, MySpace, Friendster dah ada... budak sekolah rendah pon dah pandai gunakan laman ni... klik, klik, klik jerh... hehehehe advancenya!!!

Tapi itulah...

Walau macam-macam cara sekalipun kita boleh dapat kawan, kita kenalah hargai dan sedar diri. Kalau boleh usahlah ambil kesempatan terhadap kawan kita tu. Jangan kita sesekali menyakiti hatinya, mempergunakannya ke jalan yang salah, memalukannya, dan lain-lain lagi yang tak elok... Hal ni kena ambil serius kerana itulah Allah S.W.T amat murka kepada hambanya yang memutuskan ikatan silaturahim... ishk,ishk,ishk...

Tak kiralah zaman dulu ke, zaman sekarang ke, kawan tetap kawan... Sama aje sebenarnya... sejauh mana nilai persabatan tu kita sendiri aje yang tau. Oleh yang demikian, jagalah hati kawan anda tu sebaiknya... ada masalah sikit-sikit tu janganlah cakap belakang-belakang. Kalau boleh selesaikanlah cara bijak dan aman ok!~

Kalau ramai kawan ada banyak untungnya. Jangan kita lupa, ikatan kawan ni sampai tua pun tetap akan terjalin selagi kita jaga dengan elok. Pokok pangkalnya diri kita jugak... Walaupun tak ada lagi "Hari Kawan Sedunia", tapi kalau boleh kita ingatlah kawan kita sentiasa... yang dah lama lost contact tu try lah contact semula... nescaya akan menjadikan hidup anda lebih bermakna dan lebih menghargai nilai sebenar ikatan persahabtan tersebut... wasalamz!~




"Forever Friends"




Tuesday, June 17, 2008

Tahniah Staf Pejabat Pos Malaysia!


cayalah!!!...

satu pujian ikhlas daripada aku pasal kagum dengan kecekapan staf pejabat pos Malaysia...
terutama staf di pejabat pos Taman Keramat, nearby LRT Putra Jelatek tuh...

seperti semalam dan kelmarin, pagi ni pejabat pos tu dari awal pagi lagi sudah sesak. Kelibat masyarakat yang nak dapatkan nombor giliran awal dalam khidmat agensi tu kelihatan semakin bertambah setiap minit. Aku pun merupakan salah seorang daripada mereka kerana semalam aku tak sempat tunggu lama kerana datang lewat... taknaklah buang masa lama sangat pasal kat opis banyak nau kerja... huhuhuhu

So pagi ni lepas amik nombor giliran, aku pon tunggulah dengan penuh kesabaran... nak dapat duitlah katakan... hehehehe. RM625 wooo!!! banyak tuh! Terima kasih Pak Lah...eheks eheks!~

lepas sorang, sorang yang pergi ke kaunter apabila nombo giliran mereka terpapar pada skrin. Semuanya berjalan lancar. Tanpa apa-apa gangguan mahupun dari segi teknikal. Alhamdulillah...

Tapi apa yang aku suka perhatikan adalah sikap semua staf pos di kaunter tu... semuanya cekap dan mesra walaupun mereka dalam keadaan yang amat sibuk... lebih-lebih lagi kali ni melibatkan urusan duit pelanggan. Duit rebat tu ler...

Aku sebenarnya kurang pasti samada aku dapat atau tidak kali ini kerana aku renew cukai jalan pada 27 Mei 2008... mungkin nama aku disenaraikan dalam payment untuk fasa dua nanti... Pasal ada abang sorang tu dia renew pada 28 Mei 2008 tapi dia tak dapat kerana namanya masok dalam senarai payment bagi fasa dua. Aku pun gabra jugaklah bila dengar keluhan dia...huhuhu... Malaslah nak tunggu lama-lama kalau dah pasti tak dapat.

Tapi dalam tengah kalut tu ada sorang akak di kaunter tu boleh offer nak tolong dengan semak nombo pendaftaran kereta aku...dengan muka mesra rakyat dan senyum ikhlas dia membantu aku walaupun giliran aku belum sampai lagi... eh bertuahnya aku pagi tu... kalau tak sure dah balik sebab percaya kata-kata brader tadi...

Dan bila akak tu dah semak, Alhamdulillah, nama aku ada dalam senarai payment fasa satu!!! hooray! ...hehehe. So aku sambunglah tunggu giliran dengan penuh sabar...uhuk...uhuk...

Dan yang pastinya, semua berjalan lancar. Pakcik makcik yang kurang jelas tentang cara isi borang pun diajar dengan elok oleh staf, staf pos tersebut... dan ada juga pelanggan yang turut membantu sama... yelah, masing-masing dalam urusan yang sama...nak dapatkan duit rebat RM625 tu...hehehehe

Tahniah sekali lagi kepada staf Pejabat Pos Taman Keramat kerana memberikan perkhidmatan yang cekap dan bagus... huhuhuhu... cayolah!

Apa yang aku nak ketengahkan juga sebenarnya adalah tentang sikap kita sebagai seorang rakyat Malaysia. Ikhlas, jujur, amanah dan mesra sebenarnya memang masih tebal dalam diri masing-masing... cuma kebanyakan mereka sekarang nih makin hipokrit, dan malas... rasa macam malu sangat pulak kalau tolong orang, malu sangat pulak kalau bersikap mesra rakyat... entahlah kan... sendiri mau ingatlah... pada IC dah tertera warganegara Malaysia tapi... huhuhuhu


"Proud To Be Malaysian!"


Friday, June 6, 2008

Pakej Melancong Ke London Hanya RM400 !!!


huhuhuhu...
macam tak percaya aje, betul ke?... tanya makcik Sapiah kurang yakin.

"betul makcik... makcik boleh bawa satu keluarga! sekarang ni kami adakan pakej sempena musim promosi cuti sekolah ni. Tapi makcik kena bawa paling kurang 5 orang satu kumpulan... bawalah pakcik, anak-anak makcik, ataupun cucu makcik... semuanya cuma RM2000 aje makcik. Sapa nak bagi pakej melancong murah macam ni?!?!... Kalau makcik taknak saya bagi pada orang lain tau... peluang hanya sekali aje..." kata Santi bersungguh-sungguh, cuba mempromosikan pakej yang ditawarkan syarikatnya...konon-konon ler...

begitulah yang terjadi kepada salah seorang 'makcik' di negeri Kedah (bukan negeri sebenar) bulan lalu. Oleh kerana terlalu teruja dan teruja seterusnya teruja maka makcik itupun bayarlah jumlah pakej tu...semuanya RM2000... dah tu kena tambah lagi RM400 kot...untuk kos perkhidmatan agensi pulak... ayoyoyoooo!!!!!

dah tu, lepas sain surat itu ini, dapat dua tiga resit termasuk beg istimewa (kalo kat pasa mlm RM10 jer), so makcik tu pon percayalah sangat yang dia sekeluarga akan bercuti ke London... hehehehe
lepas beberapa kali call si Santi tu tadi, makcik tersebut tanpa usul periksa dan dengan dah siap packing semua barang, diminta pula pergi ke KLIA pada hari dan waktu yang ditetapkan... kononnya akan ikut rombongan si Santi Travel tu ler...

tunggu punya tunggu si Santi tu tak nampak batang hidung... call pulak tak dapat-dapat... dah masok 4 jam makcik Sapiah sefamily melangok kat KLIA yang serba serbi asing bagi dia tu tapi sabar ajelah... nak ke London lah katakan....hehehehehe

Last sekali bila dah habis kesabarannya, suami makcik Sapiah pun pergilah rujuk pada bahagian kaunter kat situ, dia diberitahu yang travel agensi tu tak pernah pulak mereka dengar, dah tu salinan penyata tiket dan percutian adalah palsu... huhuhuhu...

bayangkanlah kalau ia terjadi kepada kalian... menyesal tak sudah...
wang tunai melayang hilang macam tu aje... sekelip mata...huhuhu
menangislah sampai kuar bijik mata pon dah tak guna...uhuk, uhuk, uhuk...

Buat pengetahuan semua, kes seperti ini semakin menjadi-jadi sekarang. Ramai dah yang terkena, terutama warga emas, veteran dan mereka yang jarang baca surat khabar atau tonton berita... golongan ni semua banyak yang dah terkena...aduhhhhhhhhhh
Penipu-penipu ni memang sentiasa usya je siapa yang mereka rasa senang nak kelentong...

jadi, hati-hatilah dengan tawaran dan promosi yang konon-konon hebat nih... kata mereka andalah insan bertuah kat Malaysia ni kerana dapat tawaran mereka... insan terpilih kononnya...wakakakaka. mana ada nak pergi London semurah tu dik non oit....ada tu yang buat pakej umrah, pakej honeymoon, dan macam-macam lagilah...
semuanya BOHONG belaka..!!!

Penipu-penipu ni bijak bermain kata-kata, kalau bab berlakon tu kalah Fasha Sanda tau... ada tu siap pakai tudung lagi konon nak senang perdaya makcik-makcik di desa... huhuhu

so hati-hati hokay... bertindak cara matang, fikirlah sebijak-bijaknya... jangan buat tindakan melulu... dan janganlah sombong sangat sampai tak baca paper dan tonton berita...hehehehe!!!!~

Minyak Naik @ Naik Minyak?




Kecoh satu Malaysia!!!

aduhhhhh!!!~
Terkejut woooo!!! ishk, ishk, ishk... beban, beban...
Macam-macam SMS aku dapat dari kawan-kawan seluruh negara...
semua marah-marah... yelah... naik tinggi sangat!

Tapi nak buat macam mana, pasrah ajelah. Dah kita memang tinggal kat Malaysia, carik makan pun kat Malaysia, so apa Kerajaan kita umumkan, suka tak suka kena terima seadanya. Nak bikin huru harapun apa kita dapat?
Naik mahal manapun minyak yang penting aku kena lebih berjimat cermat. Nak memandu jauh-jauh boleh tapi kalau ada keperluan aje. Setakat mau jalan-jalan santai ni baik naik bas atau LRT aje. Dan banyak-banyakkanlah melepak kat rumah bersama keluarga tercayang. hehehehe...


Harga baru petrol RM2.70, diesel RM2.58


PUTRAJAYA: Mulai tengah malam ini harga petrol dan diesel masing-masing akan meningkat sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter, umum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Perdana Menteri berkata berikutan kenaikan itu harga baru petrol dipam adalah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

Bercakap sidang akhbar di pejabatnya di sini, Abdullah berkata bagi mengurangkan beban kenaikan petrol dan diesel khususnya kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, Kabinet bersetuju memberi bayaran tunai kepada warga Malaysia yang memiliki kenderaan persendirian termasuk pemilik motosikal .

"Bagi pemilik kenderaan persendirian yang berkapasiti enjin sehingga 2000cc (kuasa kuda) serta trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan akan diberikan.

"Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc, bayaran tunai sebanyak RM150 setahun bagi setiap motosikal akan diberikan,” katanya.

Perdana Menteri berkata bayaran tunai ini akan diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor iaitu cukai jalan.

Katanya bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa mulai 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.

(petikan Harian Metro Khamis, 5 Jun 2008)


... nak mengamuk pun takde maknanya. Kita sendiri kena bijak uruskan belanja bulanan kita. Cuba fikirkan inisiatif lain. Sentiasalah kita positif dan panjang akal. Rasanya kalau pembangkang memerintahpun mereka akan buat keputusan yang sama juga bagi menampung subsidi yang ditanggung negara selama ini. So bila minyak naik nih kita janganlah pulak 'naik minyak' yer... Terima, pasrah dan redha je lerrr... eheks!~

aduhhh!!! kacaunya jiwa...

Wednesday, June 4, 2008

Hello?... Signal Rosak Ke?

Malam kelmarin aku keluar makan bersama seorang kawan lama. Dah lebih setahun tak ketemu. So kami bercadang hendak makan sambil sembang panjang di sebuah kedai 'Western Food' di Kampung Baru. Terkenal juga kedai tu di Kuala Lumpur nih. Okay ler tu kot sekali sekala pekena 'chiken chop'...hehehehe...

Sepanjang perjalanan kami dari Pandan Indah ke Kampung Baru, jalan raya memang sesak giler... aduhhhh!!! Tapi kali ni member aku yang memandu so dialah yang lebih tension aku tengok. Tak habis-habis dia mengamuk pasal sikap pemandu KL yang susah sangat nak bagi lampu signal jika ingin masuk line atau memotong. Kadang tu main masuk mengejut. Lebih-lebih lagi yang berkereta besar. Taktahulah kenapa. Tak ada disiplin langsung ketika memandu! Dalam erti kata lain, 'Kurang Ajar!'... Aduhhhhhh!!!~

Aku walaupun dah biasa dengan jalan KL ni tapi tetap juga akan marah-marah kalau berdepan dengan situasi yang sama. Aku masih tak dapat terima lagi sikap macam tu. Menyusahkan orang lain dan amat mudah untuk berlaku eksiden! Dah eksiden nanti satu hal pulak...leceh! Nak buat report polislah, Nak kena uruskan hal dengan insuran, nak kena hantar kereta ke bengkel...ishk,ishk,ishk...

Tak tahulah kenapa... Makin teruk pula sekarang nih.
Dah macam satu penyakit pulak terutama di Kuala Lumpur...
Sebelum ni ok aje...
Mungkin perubahan zaman telah merubah sekali attitude tpemandu di kota Metropolitan ini.
Masing-masing lebih pentingkan diri sendiri padahal semua pemandu pun bayar cukai jalan apa... aduh duh duh...

Nak kata signal kereta rosak, takkan hampir semua kereta di Kuala Lumpur ni macam tu.
Ini mungkin disebabkan sikap warga kota yang terlalu pentingkan diri sendiri dan MALAS.
Kita yang muda ni takpelah, tapi bagi pemandu yang veteran dan yang baru dapat lesen P, tak ke susah? Paling ketara sekali ketika memandu di Jalan Ampang, Jalan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang, Jalan Pudu dan di Jalan Tunku Abdul Rahman...

Fikir-fikirkanlah...

Komando, Oh! Komando...


.. Saifudin Nasution Ismail (PKR-Machang), meminta Kementerian Pertahanan memberi penjelasan sama ada perlakuan memijak kepala pelatih dalam klip video yang diterima oleh seorang Ahli Parlimen, menjadi sebahagian amalan dalam modul latihan komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Saifudin berkata, kementerian perlu menyiasat perkara itu termasuk kemungkinan berlaku salah laku melibatkan jurulatih komando...
Petikan Utusan Malaysia 17 Mei 2008



Hahaha!!!~

Tiba-tiba terasa terpanggil pulak untuk komen pasal hal ni...
Lucu sungguh aku bila baca petikan kata-kata si polan tersebut. Apa dia fikir nak suruh ubah latihan komando jadi macam latihan PLKN ke? ala, ala budak baik gitu ... Mana boleh pakcik... Musuhpun tak takut langsung nak menyerang kita nanti... hehehe

Apa yang kita semua maklum Angkatan Tentera Malaysia memiliki pasukan Komando yang mana merupakan pasukan terhebat dalam Tentera Darat Malaysia. Ia termasuk juga PASKAU (Tentera Udara) dan PASKAL (Tentera Laut). Mereka ini adalah pasukan elit khas yang mana memikul tanggungjawab paling berat atau teras utama dalam menjaga benteng pertahanan negara apabila diserang oleh musuh. Kecekapan dan kehebatan pasukan ini usahlah dipertikaikan kerana ia telah diakui antara yang terbaik di dunia... So, latihannya pun mestilah berganda-ganda lebih 'hebat' daripada latihan askar biasa.

Mungkin juga si polan tersebut dah tak tahu topik apa lagi yang mampu menarik perhatian umum. So last sekali dia pun pilihlah pasal Komando, kononnya lain dari yang lain. Konon juga bagi dia isu ini masyarakat terlepas pandang. Konon-kononler.... hehehe

Yang kecewanya, dia telah bagi satu persepsi awal yang buruk kepada mereka yang berminat menyertai Pasukan Komando ni apabila mengeksploitasikan cara latihan kasar dalam Pasukan Komando. Bijak betul dia menyusun agenda bagi menarik haluan fikiran rakyat agar mula fokus kepada perkara-perkara rahsia kerajaan sebegini. Dia benar-benar hendakkan rakyat melawan kerajaan, dan belajar menuntut hak masing-masing. Busuk hati sungguh! Aku rasa semua Komando di seluruh Malaysia masih belum habis ketawa besar dengan isu yang cuba dipublisitikan ini... Mungkin juga seluruh MINDEF turut sama gelakkan anda. Yelah, nampak sangat tak faham dan tak cuba ambil tahu hal-hal macam ni. Kalau ye pun kajilah terlebih dahulu... Hahahaha!~ Aduh! Sedihnya!~

Mana ada paksaan kalau nak join Pasukan Komando, terserah anda.
Seperti mana slogannya kepada setiap rekrut baru...

"KEDATANGAN ANDA TAK DIUNDANG, JIKA RAGU SILA PULANG"

Tau takpe... hehehe

Yang penting gue tetap respek sama ini Pasukan Komando... Tabik Spring ah!... toing! toing! toing! Go, go Komando!!!~


Monday, June 2, 2008

Bukan Senang Nak Cari Duit...



aduhhhhhh!!!~

Macam-macam hal lagi jadi pada masyarakat kita sekarang nih
Tak habis-habis... pantang tengok orang senang sikit, ada aje yang nak ambil kesempatan.

Baru-baru ini salah sorang kawan aku kena copet beg duitnya sewaktu sedang khusyuk membeli-belah di sebuah pasaraya 'besar' di ibu kota. Kejadian berlaku tepat pada hari orang gomen terima gaji. Akak ni pun orang gomen jugak... hehehehe... so seronok sakanlah waktu tu kerana memang dah plan sebelum tu nak shopping macam-macam barang. Maklumlah, sekarangkan musim sale. Mana-mana pun ada sale. Mana tak rambang mata.... baju, skirt, hand bag, make-up... ishk, ishk ,ishk...

Dia pergi shopping berempat. Tatkala dia sedang sibuk memilih saiz seluar kegemarannya, tiba-tiba datang seorang wanita secara mengejut menghimpit sambil bertanyakan saiz bagi salah satu seluar yang ada di situ. Yelah, orang tengah khusyuk shopping , mana nak 'ambil pot' sangat kalau tiba-tiba aje ada orang tanya itu ini. Dia pun jawab taktau ajelah... Lagipun suasana ketika itu memang bising, ditambah pula dengan jumlah manusia yang terlalu ramai, membuatkan kita jadi leka. Member yang lagi tiga orang tu pun dah kena rasuk hantu sale. Masing-masingpun tak ingat dunia bila bershopping... ermmmmm

Apabila member aku tadi tu ke fitting room, baru dia perasan yang hand bagnya terbuka macam dah diseluk orang. Terkejut king-kong lah dia!!!.... hehehehe
Yelah, jumlah wang tunai yang terkandung dalam beg duitnya itu berjumlah ringgit Malaysia satu ribu dan beberapa keping wang sepuluh ringgit.... aduhhhhhh!!!~
Ting-tong dia pada waktu itu... taktau nak kata apa... panik bercampur kecewa dan selebihnya marah... huhuhuhu

Menangis pun dah takde maknanya. Benda dah hilangkan... so, pasrah dalam paksaan ler... aduhhhhhh!!!~
Yang tak bestnya, bila beg duit hilang, lesen, kad pengenalan , kad kredit dan macam-macam lagi benda dalam tu turut lesap. Tak ke leceh kita nak ke balai buat report, pejabat pendaftaran, bank dan sebagainya... ishk, ishk, ishk... buang masa dan menyusahkan!

Bila ditanya dia teringat kejadian wanita yang menghimpitnya secara sengaja tu. Dan mungkin beberapa kawan wanita keparat tu dah plan nak seluk daripada belakang. memang cilik dan hebat si penjenayah ni. Mudah aje mereka rampas duit penat lelah kita kerja satu bulan. ishk, ishk, ishk... nasib, nasib... kesian member aku tu...

Oleh itu, aku nak sangat pesan kepada semua, tolong ambil kisah member aku ni sebagai iktibar. Tolonglah berhati-hati semasa bershopping sakan ye. Jangan gila sangat shopping sampai lupa dunia. Bila dah jadi apa-apa, baru nak menangis menyesal. Menangis tu kalau boleh keluar intan berlian takpe jugak....hehehehehe

So, beringatlah selalu. Kalau boleh toksah keluarkan duit banyak sangat. Nak cocok duit kat mesin ATM pun tolong pastikan terlebih dahulu tiada orang ikut atau perhatikan kita. Sekarang ni macam-macam kes terjadi. Orang berani buat apa saja janji dapat duit. Kes guna pisau pun dah banyak sekarang ni... Pukau memukau pun boleh tahan meriahnya.. So, berhati-hatilah terutama kaum ibu dah remaja sekalian...