Wednesday, June 18, 2008

Nilai Sebuah Persahabatan...

Sahabat... Kawan... Teman... Rakan...Member...

hehehe... macam-macam istilah kita gunakan dalam panggilan bagi insan yang kita kenali ini. Tapi walau apapun yang kita panggil, maknanya lebih kurang sama jugak...
Yang penting kita mesti hargai sepenuhnya ikatan persahabatan tu.

kawan dulu, kawan sekarang... lain dan berbeza ke???...

bagi aku, kawan paling jujur adalah kawan masa sekolah aku dulu...
tak pandai nak ambil kesempatan, tak pandai nak bermuka-muka, tikam belakang dan macam-macam yang sebagainyalah... huhuhu
kitorang saling mengenali masa sama-sama perlukan kawan dalam hidup.
belajar sama-sama, keluar sama-sama, enjoy sama-sama...
ibu bapa masing-masingpun kita dah kenal...

dan sampai sekarang ikatan tu masih kuat lagi...sampailah masing-masing masok Universiti, dah kerja dan ada juga yang sudah berumah tangga.
yang aku rapat ada dalam 6-7 orang...

Walaupun time aku di Universiti dan kerja ni ada ramai lagi kawan baru tapi tak sama dengan mereka. Bila lepak dengan sahabat time sekolah dulu ia terasa lain. Lain sangat... Payah nak hipokrit kerana masing-masing dah kenal sangat perangai yang sebenar... hehehehe.
Ada kadang tu sikap kami masih macam zaman sekolah dulu... hahahaha

merekalah sahabat paling bererti dalam hidup aku sebenarnya... yang telah memberikan aku sepenuhnya keyakinan dalam diri ini. Dan bila aku berjaya hingga ke tahap sekarang, aku tetap tak lupa kekawan aku tu semua... sebab masa sekolah dulu mereka banyak bagi mood untuk aku lebih fokus dalam pelajaran... huhuhuhu... panjang storynya, kalo nak tau lehlah jumpa aku, nanti aku citerkan semuanya sampai abis...... eheks!~

ok, back to topic plssss!!!

Kalau zaman 90-an dulu, kita kalau nak cari kawan baru sure akan belek majalah hiburan terutamanya. hehehehe... Pasal dalam tu lah selambak mereka-mereka yang nak berteman dan berkekasih... Kalau nak join kita kenalah usaha hantar gambar, biodata dan kena pos semuanya tu di alamat ruangan berkenalan majalah tersebut. Dan lepas tu mulalah dapat surat berpucuk-pucuk... tapi gambar yang kita hantar tu haruslah malatops hokay!~ hehehehe

Tapi sekarang lain... zaman dah berubah.

nak cari kawan baru dah tak payah susah-susah antau surat lagi... pasal sekarang dah ada internet. Laman web seperti MiRC, MySpace, Friendster dah ada... budak sekolah rendah pon dah pandai gunakan laman ni... klik, klik, klik jerh... hehehehe advancenya!!!

Tapi itulah...

Walau macam-macam cara sekalipun kita boleh dapat kawan, kita kenalah hargai dan sedar diri. Kalau boleh usahlah ambil kesempatan terhadap kawan kita tu. Jangan kita sesekali menyakiti hatinya, mempergunakannya ke jalan yang salah, memalukannya, dan lain-lain lagi yang tak elok... Hal ni kena ambil serius kerana itulah Allah S.W.T amat murka kepada hambanya yang memutuskan ikatan silaturahim... ishk,ishk,ishk...

Tak kiralah zaman dulu ke, zaman sekarang ke, kawan tetap kawan... Sama aje sebenarnya... sejauh mana nilai persabatan tu kita sendiri aje yang tau. Oleh yang demikian, jagalah hati kawan anda tu sebaiknya... ada masalah sikit-sikit tu janganlah cakap belakang-belakang. Kalau boleh selesaikanlah cara bijak dan aman ok!~

Kalau ramai kawan ada banyak untungnya. Jangan kita lupa, ikatan kawan ni sampai tua pun tetap akan terjalin selagi kita jaga dengan elok. Pokok pangkalnya diri kita jugak... Walaupun tak ada lagi "Hari Kawan Sedunia", tapi kalau boleh kita ingatlah kawan kita sentiasa... yang dah lama lost contact tu try lah contact semula... nescaya akan menjadikan hidup anda lebih bermakna dan lebih menghargai nilai sebenar ikatan persahabtan tersebut... wasalamz!~




"Forever Friends"




Tuesday, June 17, 2008

Tahniah Staf Pejabat Pos Malaysia!


cayalah!!!...

satu pujian ikhlas daripada aku pasal kagum dengan kecekapan staf pejabat pos Malaysia...
terutama staf di pejabat pos Taman Keramat, nearby LRT Putra Jelatek tuh...

seperti semalam dan kelmarin, pagi ni pejabat pos tu dari awal pagi lagi sudah sesak. Kelibat masyarakat yang nak dapatkan nombor giliran awal dalam khidmat agensi tu kelihatan semakin bertambah setiap minit. Aku pun merupakan salah seorang daripada mereka kerana semalam aku tak sempat tunggu lama kerana datang lewat... taknaklah buang masa lama sangat pasal kat opis banyak nau kerja... huhuhuhu

So pagi ni lepas amik nombor giliran, aku pon tunggulah dengan penuh kesabaran... nak dapat duitlah katakan... hehehehe. RM625 wooo!!! banyak tuh! Terima kasih Pak Lah...eheks eheks!~

lepas sorang, sorang yang pergi ke kaunter apabila nombo giliran mereka terpapar pada skrin. Semuanya berjalan lancar. Tanpa apa-apa gangguan mahupun dari segi teknikal. Alhamdulillah...

Tapi apa yang aku suka perhatikan adalah sikap semua staf pos di kaunter tu... semuanya cekap dan mesra walaupun mereka dalam keadaan yang amat sibuk... lebih-lebih lagi kali ni melibatkan urusan duit pelanggan. Duit rebat tu ler...

Aku sebenarnya kurang pasti samada aku dapat atau tidak kali ini kerana aku renew cukai jalan pada 27 Mei 2008... mungkin nama aku disenaraikan dalam payment untuk fasa dua nanti... Pasal ada abang sorang tu dia renew pada 28 Mei 2008 tapi dia tak dapat kerana namanya masok dalam senarai payment bagi fasa dua. Aku pun gabra jugaklah bila dengar keluhan dia...huhuhu... Malaslah nak tunggu lama-lama kalau dah pasti tak dapat.

Tapi dalam tengah kalut tu ada sorang akak di kaunter tu boleh offer nak tolong dengan semak nombo pendaftaran kereta aku...dengan muka mesra rakyat dan senyum ikhlas dia membantu aku walaupun giliran aku belum sampai lagi... eh bertuahnya aku pagi tu... kalau tak sure dah balik sebab percaya kata-kata brader tadi...

Dan bila akak tu dah semak, Alhamdulillah, nama aku ada dalam senarai payment fasa satu!!! hooray! ...hehehe. So aku sambunglah tunggu giliran dengan penuh sabar...uhuk...uhuk...

Dan yang pastinya, semua berjalan lancar. Pakcik makcik yang kurang jelas tentang cara isi borang pun diajar dengan elok oleh staf, staf pos tersebut... dan ada juga pelanggan yang turut membantu sama... yelah, masing-masing dalam urusan yang sama...nak dapatkan duit rebat RM625 tu...hehehehe

Tahniah sekali lagi kepada staf Pejabat Pos Taman Keramat kerana memberikan perkhidmatan yang cekap dan bagus... huhuhuhu... cayolah!

Apa yang aku nak ketengahkan juga sebenarnya adalah tentang sikap kita sebagai seorang rakyat Malaysia. Ikhlas, jujur, amanah dan mesra sebenarnya memang masih tebal dalam diri masing-masing... cuma kebanyakan mereka sekarang nih makin hipokrit, dan malas... rasa macam malu sangat pulak kalau tolong orang, malu sangat pulak kalau bersikap mesra rakyat... entahlah kan... sendiri mau ingatlah... pada IC dah tertera warganegara Malaysia tapi... huhuhuhu


"Proud To Be Malaysian!"


Friday, June 6, 2008

Pakej Melancong Ke London Hanya RM400 !!!


huhuhuhu...
macam tak percaya aje, betul ke?... tanya makcik Sapiah kurang yakin.

"betul makcik... makcik boleh bawa satu keluarga! sekarang ni kami adakan pakej sempena musim promosi cuti sekolah ni. Tapi makcik kena bawa paling kurang 5 orang satu kumpulan... bawalah pakcik, anak-anak makcik, ataupun cucu makcik... semuanya cuma RM2000 aje makcik. Sapa nak bagi pakej melancong murah macam ni?!?!... Kalau makcik taknak saya bagi pada orang lain tau... peluang hanya sekali aje..." kata Santi bersungguh-sungguh, cuba mempromosikan pakej yang ditawarkan syarikatnya...konon-konon ler...

begitulah yang terjadi kepada salah seorang 'makcik' di negeri Kedah (bukan negeri sebenar) bulan lalu. Oleh kerana terlalu teruja dan teruja seterusnya teruja maka makcik itupun bayarlah jumlah pakej tu...semuanya RM2000... dah tu kena tambah lagi RM400 kot...untuk kos perkhidmatan agensi pulak... ayoyoyoooo!!!!!

dah tu, lepas sain surat itu ini, dapat dua tiga resit termasuk beg istimewa (kalo kat pasa mlm RM10 jer), so makcik tu pon percayalah sangat yang dia sekeluarga akan bercuti ke London... hehehehe
lepas beberapa kali call si Santi tu tadi, makcik tersebut tanpa usul periksa dan dengan dah siap packing semua barang, diminta pula pergi ke KLIA pada hari dan waktu yang ditetapkan... kononnya akan ikut rombongan si Santi Travel tu ler...

tunggu punya tunggu si Santi tu tak nampak batang hidung... call pulak tak dapat-dapat... dah masok 4 jam makcik Sapiah sefamily melangok kat KLIA yang serba serbi asing bagi dia tu tapi sabar ajelah... nak ke London lah katakan....hehehehehe

Last sekali bila dah habis kesabarannya, suami makcik Sapiah pun pergilah rujuk pada bahagian kaunter kat situ, dia diberitahu yang travel agensi tu tak pernah pulak mereka dengar, dah tu salinan penyata tiket dan percutian adalah palsu... huhuhuhu...

bayangkanlah kalau ia terjadi kepada kalian... menyesal tak sudah...
wang tunai melayang hilang macam tu aje... sekelip mata...huhuhu
menangislah sampai kuar bijik mata pon dah tak guna...uhuk, uhuk, uhuk...

Buat pengetahuan semua, kes seperti ini semakin menjadi-jadi sekarang. Ramai dah yang terkena, terutama warga emas, veteran dan mereka yang jarang baca surat khabar atau tonton berita... golongan ni semua banyak yang dah terkena...aduhhhhhhhhhh
Penipu-penipu ni memang sentiasa usya je siapa yang mereka rasa senang nak kelentong...

jadi, hati-hatilah dengan tawaran dan promosi yang konon-konon hebat nih... kata mereka andalah insan bertuah kat Malaysia ni kerana dapat tawaran mereka... insan terpilih kononnya...wakakakaka. mana ada nak pergi London semurah tu dik non oit....ada tu yang buat pakej umrah, pakej honeymoon, dan macam-macam lagilah...
semuanya BOHONG belaka..!!!

Penipu-penipu ni bijak bermain kata-kata, kalau bab berlakon tu kalah Fasha Sanda tau... ada tu siap pakai tudung lagi konon nak senang perdaya makcik-makcik di desa... huhuhu

so hati-hati hokay... bertindak cara matang, fikirlah sebijak-bijaknya... jangan buat tindakan melulu... dan janganlah sombong sangat sampai tak baca paper dan tonton berita...hehehehe!!!!~

Minyak Naik @ Naik Minyak?




Kecoh satu Malaysia!!!

aduhhhhh!!!~
Terkejut woooo!!! ishk, ishk, ishk... beban, beban...
Macam-macam SMS aku dapat dari kawan-kawan seluruh negara...
semua marah-marah... yelah... naik tinggi sangat!

Tapi nak buat macam mana, pasrah ajelah. Dah kita memang tinggal kat Malaysia, carik makan pun kat Malaysia, so apa Kerajaan kita umumkan, suka tak suka kena terima seadanya. Nak bikin huru harapun apa kita dapat?
Naik mahal manapun minyak yang penting aku kena lebih berjimat cermat. Nak memandu jauh-jauh boleh tapi kalau ada keperluan aje. Setakat mau jalan-jalan santai ni baik naik bas atau LRT aje. Dan banyak-banyakkanlah melepak kat rumah bersama keluarga tercayang. hehehehe...


Harga baru petrol RM2.70, diesel RM2.58


PUTRAJAYA: Mulai tengah malam ini harga petrol dan diesel masing-masing akan meningkat sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter, umum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Perdana Menteri berkata berikutan kenaikan itu harga baru petrol dipam adalah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

Bercakap sidang akhbar di pejabatnya di sini, Abdullah berkata bagi mengurangkan beban kenaikan petrol dan diesel khususnya kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, Kabinet bersetuju memberi bayaran tunai kepada warga Malaysia yang memiliki kenderaan persendirian termasuk pemilik motosikal .

"Bagi pemilik kenderaan persendirian yang berkapasiti enjin sehingga 2000cc (kuasa kuda) serta trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan akan diberikan.

"Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc, bayaran tunai sebanyak RM150 setahun bagi setiap motosikal akan diberikan,” katanya.

Perdana Menteri berkata bayaran tunai ini akan diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor iaitu cukai jalan.

Katanya bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa mulai 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.

(petikan Harian Metro Khamis, 5 Jun 2008)


... nak mengamuk pun takde maknanya. Kita sendiri kena bijak uruskan belanja bulanan kita. Cuba fikirkan inisiatif lain. Sentiasalah kita positif dan panjang akal. Rasanya kalau pembangkang memerintahpun mereka akan buat keputusan yang sama juga bagi menampung subsidi yang ditanggung negara selama ini. So bila minyak naik nih kita janganlah pulak 'naik minyak' yer... Terima, pasrah dan redha je lerrr... eheks!~

aduhhh!!! kacaunya jiwa...

Wednesday, June 4, 2008

Hello?... Signal Rosak Ke?

Malam kelmarin aku keluar makan bersama seorang kawan lama. Dah lebih setahun tak ketemu. So kami bercadang hendak makan sambil sembang panjang di sebuah kedai 'Western Food' di Kampung Baru. Terkenal juga kedai tu di Kuala Lumpur nih. Okay ler tu kot sekali sekala pekena 'chiken chop'...hehehehe...

Sepanjang perjalanan kami dari Pandan Indah ke Kampung Baru, jalan raya memang sesak giler... aduhhhh!!! Tapi kali ni member aku yang memandu so dialah yang lebih tension aku tengok. Tak habis-habis dia mengamuk pasal sikap pemandu KL yang susah sangat nak bagi lampu signal jika ingin masuk line atau memotong. Kadang tu main masuk mengejut. Lebih-lebih lagi yang berkereta besar. Taktahulah kenapa. Tak ada disiplin langsung ketika memandu! Dalam erti kata lain, 'Kurang Ajar!'... Aduhhhhhh!!!~

Aku walaupun dah biasa dengan jalan KL ni tapi tetap juga akan marah-marah kalau berdepan dengan situasi yang sama. Aku masih tak dapat terima lagi sikap macam tu. Menyusahkan orang lain dan amat mudah untuk berlaku eksiden! Dah eksiden nanti satu hal pulak...leceh! Nak buat report polislah, Nak kena uruskan hal dengan insuran, nak kena hantar kereta ke bengkel...ishk,ishk,ishk...

Tak tahulah kenapa... Makin teruk pula sekarang nih.
Dah macam satu penyakit pulak terutama di Kuala Lumpur...
Sebelum ni ok aje...
Mungkin perubahan zaman telah merubah sekali attitude tpemandu di kota Metropolitan ini.
Masing-masing lebih pentingkan diri sendiri padahal semua pemandu pun bayar cukai jalan apa... aduh duh duh...

Nak kata signal kereta rosak, takkan hampir semua kereta di Kuala Lumpur ni macam tu.
Ini mungkin disebabkan sikap warga kota yang terlalu pentingkan diri sendiri dan MALAS.
Kita yang muda ni takpelah, tapi bagi pemandu yang veteran dan yang baru dapat lesen P, tak ke susah? Paling ketara sekali ketika memandu di Jalan Ampang, Jalan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang, Jalan Pudu dan di Jalan Tunku Abdul Rahman...

Fikir-fikirkanlah...

Komando, Oh! Komando...


.. Saifudin Nasution Ismail (PKR-Machang), meminta Kementerian Pertahanan memberi penjelasan sama ada perlakuan memijak kepala pelatih dalam klip video yang diterima oleh seorang Ahli Parlimen, menjadi sebahagian amalan dalam modul latihan komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Saifudin berkata, kementerian perlu menyiasat perkara itu termasuk kemungkinan berlaku salah laku melibatkan jurulatih komando...
Petikan Utusan Malaysia 17 Mei 2008



Hahaha!!!~

Tiba-tiba terasa terpanggil pulak untuk komen pasal hal ni...
Lucu sungguh aku bila baca petikan kata-kata si polan tersebut. Apa dia fikir nak suruh ubah latihan komando jadi macam latihan PLKN ke? ala, ala budak baik gitu ... Mana boleh pakcik... Musuhpun tak takut langsung nak menyerang kita nanti... hehehe

Apa yang kita semua maklum Angkatan Tentera Malaysia memiliki pasukan Komando yang mana merupakan pasukan terhebat dalam Tentera Darat Malaysia. Ia termasuk juga PASKAU (Tentera Udara) dan PASKAL (Tentera Laut). Mereka ini adalah pasukan elit khas yang mana memikul tanggungjawab paling berat atau teras utama dalam menjaga benteng pertahanan negara apabila diserang oleh musuh. Kecekapan dan kehebatan pasukan ini usahlah dipertikaikan kerana ia telah diakui antara yang terbaik di dunia... So, latihannya pun mestilah berganda-ganda lebih 'hebat' daripada latihan askar biasa.

Mungkin juga si polan tersebut dah tak tahu topik apa lagi yang mampu menarik perhatian umum. So last sekali dia pun pilihlah pasal Komando, kononnya lain dari yang lain. Konon juga bagi dia isu ini masyarakat terlepas pandang. Konon-kononler.... hehehe

Yang kecewanya, dia telah bagi satu persepsi awal yang buruk kepada mereka yang berminat menyertai Pasukan Komando ni apabila mengeksploitasikan cara latihan kasar dalam Pasukan Komando. Bijak betul dia menyusun agenda bagi menarik haluan fikiran rakyat agar mula fokus kepada perkara-perkara rahsia kerajaan sebegini. Dia benar-benar hendakkan rakyat melawan kerajaan, dan belajar menuntut hak masing-masing. Busuk hati sungguh! Aku rasa semua Komando di seluruh Malaysia masih belum habis ketawa besar dengan isu yang cuba dipublisitikan ini... Mungkin juga seluruh MINDEF turut sama gelakkan anda. Yelah, nampak sangat tak faham dan tak cuba ambil tahu hal-hal macam ni. Kalau ye pun kajilah terlebih dahulu... Hahahaha!~ Aduh! Sedihnya!~

Mana ada paksaan kalau nak join Pasukan Komando, terserah anda.
Seperti mana slogannya kepada setiap rekrut baru...

"KEDATANGAN ANDA TAK DIUNDANG, JIKA RAGU SILA PULANG"

Tau takpe... hehehe

Yang penting gue tetap respek sama ini Pasukan Komando... Tabik Spring ah!... toing! toing! toing! Go, go Komando!!!~


Monday, June 2, 2008

Bukan Senang Nak Cari Duit...



aduhhhhhh!!!~

Macam-macam hal lagi jadi pada masyarakat kita sekarang nih
Tak habis-habis... pantang tengok orang senang sikit, ada aje yang nak ambil kesempatan.

Baru-baru ini salah sorang kawan aku kena copet beg duitnya sewaktu sedang khusyuk membeli-belah di sebuah pasaraya 'besar' di ibu kota. Kejadian berlaku tepat pada hari orang gomen terima gaji. Akak ni pun orang gomen jugak... hehehehe... so seronok sakanlah waktu tu kerana memang dah plan sebelum tu nak shopping macam-macam barang. Maklumlah, sekarangkan musim sale. Mana-mana pun ada sale. Mana tak rambang mata.... baju, skirt, hand bag, make-up... ishk, ishk ,ishk...

Dia pergi shopping berempat. Tatkala dia sedang sibuk memilih saiz seluar kegemarannya, tiba-tiba datang seorang wanita secara mengejut menghimpit sambil bertanyakan saiz bagi salah satu seluar yang ada di situ. Yelah, orang tengah khusyuk shopping , mana nak 'ambil pot' sangat kalau tiba-tiba aje ada orang tanya itu ini. Dia pun jawab taktau ajelah... Lagipun suasana ketika itu memang bising, ditambah pula dengan jumlah manusia yang terlalu ramai, membuatkan kita jadi leka. Member yang lagi tiga orang tu pun dah kena rasuk hantu sale. Masing-masingpun tak ingat dunia bila bershopping... ermmmmm

Apabila member aku tadi tu ke fitting room, baru dia perasan yang hand bagnya terbuka macam dah diseluk orang. Terkejut king-kong lah dia!!!.... hehehehe
Yelah, jumlah wang tunai yang terkandung dalam beg duitnya itu berjumlah ringgit Malaysia satu ribu dan beberapa keping wang sepuluh ringgit.... aduhhhhhh!!!~
Ting-tong dia pada waktu itu... taktau nak kata apa... panik bercampur kecewa dan selebihnya marah... huhuhuhu

Menangis pun dah takde maknanya. Benda dah hilangkan... so, pasrah dalam paksaan ler... aduhhhhhh!!!~
Yang tak bestnya, bila beg duit hilang, lesen, kad pengenalan , kad kredit dan macam-macam lagi benda dalam tu turut lesap. Tak ke leceh kita nak ke balai buat report, pejabat pendaftaran, bank dan sebagainya... ishk, ishk, ishk... buang masa dan menyusahkan!

Bila ditanya dia teringat kejadian wanita yang menghimpitnya secara sengaja tu. Dan mungkin beberapa kawan wanita keparat tu dah plan nak seluk daripada belakang. memang cilik dan hebat si penjenayah ni. Mudah aje mereka rampas duit penat lelah kita kerja satu bulan. ishk, ishk, ishk... nasib, nasib... kesian member aku tu...

Oleh itu, aku nak sangat pesan kepada semua, tolong ambil kisah member aku ni sebagai iktibar. Tolonglah berhati-hati semasa bershopping sakan ye. Jangan gila sangat shopping sampai lupa dunia. Bila dah jadi apa-apa, baru nak menangis menyesal. Menangis tu kalau boleh keluar intan berlian takpe jugak....hehehehehe

So, beringatlah selalu. Kalau boleh toksah keluarkan duit banyak sangat. Nak cocok duit kat mesin ATM pun tolong pastikan terlebih dahulu tiada orang ikut atau perhatikan kita. Sekarang ni macam-macam kes terjadi. Orang berani buat apa saja janji dapat duit. Kes guna pisau pun dah banyak sekarang ni... Pukau memukau pun boleh tahan meriahnya.. So, berhati-hatilah terutama kaum ibu dah remaja sekalian...

Sunday, June 1, 2008

Aduhai Anak Bangsaku...


Ada kalian baca paper Metro Ahad hari ni?
Hah! yang muka depannya tuh laaaa!!!
aduhhhhhhhhhh!!!~

keadaan dah semakin kritikal sekarang ni...!!!~
malu, semalu malunya...!!!~

pelajar sekolah kini sudah berani buat apa saja.
mereka langsung lupa tanggungjawab sebenar mereka.
petikan akhbar Harian Metro itu benar-benar buat aku tersentak di pagi Ahad yang indah ini...huhuhuhu

hal masyarakat memang terasa dekat sangat pada aku. Sebagai salah seorang pemuda negara, tanggungjawab untuk bersama mengatasinya terasa ada. Aku sendiri tak nak tengok anak bangsa aku jadi lebih teruk. Dulu sibuk kita kutuk sikap remaja barat tapi sekarang ni, nampak lebih kurang sama aje... yang beza cuma warna kulit dan bahasa. kalau bab jenayah tu memang dasyat-dasyat. Mereka berani cuba apa aje janji dapat kepuasan. Bagi mereka zaman remajalah zaman bebas yang sebenarnya kerana nak apa saja boleh mintak duit ibu bapa... tak payah susah-susah kerja, hitung hari sampai sebulan dan baru dapat gaji... huhuhuhu

Pihak polis pun rasanya dah makin pening dengan peningkatan jenayah oleh remaja sekolah kita. Program dah macam-macam kerajaan dan agensi swasta buat... tapi... ishk,ishk,ishk...

entahlah... mungkin ramai antara kita buat donnow ajer...

"itukan anak orang...mak bapak dia yang tak pandai jaga....padanlah muka!...".

aduhhhhhhh!!!~ Sepatutnya kita janganlah cakap macam tu, berjiwa rakyatlah sikit...
mana semangat perpaduan dan patriotik kita dalam membangunkan tamadun negara...
pada pihak ibu bapa tu, ambil tindakan bijak dan tegas dalam mengawasi anak anda...
pihak sekolah dan macam-macam pihak yang berkaitan tu tolonglah lakukan sesuatu!

mungkin pendapat anda berbeza...
masing-masing punya hak dalam berikan pendapat...
tapi harapan aku tetap satu, kalau boleh takmo tengok langsung bebudak sekolah ni keluar paper lagi pasal kes kes tak senonoh macam ni... jijik aku baca artikel tu. adoiiiiiiiiiiiiii!!!~

aduhai anak bangsaku sayang...


Saturday, May 31, 2008

Apa Nak Jadi Dengan Bebudak Sekolah Sekarang Ni...

Pelajar Kunjungi Ibu Kota Diperkosa Teman Lelaki
Harian Metro - 31 Mei 2008 (Sabtu)

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang pelajar perempuan tingkatan dua sebuah sekolah menengah di Pahang datang ke ibu kota untuk bermadu kasih dengan teman lelaki bertukar mimpi ngeri apabila dia ‘dirogol’ kekasihnya di Pandan Indah di sini, baru-baru ini. Pelajar berusia 14 tahun itu merancang bertemu teman lelakinya yang tinggal ibu kota untuk melepaskan rindu. Teman lelakinya berusia 17 tahun...


Adoiiii!!!!
aku bila baca aje berita ni rasa nak lempang aje dua-dua budak tuh. Nasib baik mereka tu anak orang lain tapi kalau adik aku....ishk,ishk,ishk... Apa nak jadi dengan bebudak sekolah zaman sekarang... walaupun keputusan yang cemerlang PMR dan SPM tiap tahun meningkat tapi moral dan attitude mereka kebanyakannya DOWN!!! Bayangkan apakah rupa Malaysia satu hari nanti kalau negara kita dipenuhi oleh generasi yang bermoral dasyat sebegini kelak???
Dalam surat khabar sekarang ni pun dah semakin banyak kes jenayah berat yang dilakukan oleh pelajar sekolah kita. Kalau seks bebas tu dah macam perkara biasa pulak. Siap boleh rakam merakam lagi guna handphone dan siarkan dalam internet. Bangga ler tu konon... aduhhhhhhhh!!!~

Yang perempuannya baru tingkatan dua sudah pandai bercinta bagai nak rak sampai sanggup turun KL jumpa boipren tak guna tu. Kesian pun ada jugak. Konon-konon nak tunjukkan sangat cinta sejatinya tu... tapi si boipren ni siang-siang lagi udah plan mau bikin benda tak senonoh...

Mungkin cerita cinta mereka hebat mengalahkan cerita hindustan tapi mereka lupa yang akal fikiran mereka belom matang sepenuhnya. Itulah yang selalu membuatkan pelajar atau juvana kita ini menyusahkan negara. Lebih-lebih lagi mak bapak mereka. Bila dah jadi macam-macam baru nak menangis depan orang tua mintak tolong... menyesal konon-konon...
aduhhhhhhhhhhh!!!~

Nampaknya kempen berterusan di sekolah-sekolah harus lebih ditingkatkan dengan bersungguh-sungguh. Perhatian kepada semua murid tanpa mengira sekolah dan kawasan harus dipantau sentiasa. Kerana aku yakin, hanya di sekolahlah tempat pelajar ini semua boleh kita bentuk. Sepanjang dari form one sampai form 5 tu macam-macam boleh jadi... masa itulah macam-macam pengaruh datang... lebih-lebih lagi zaman sekarang nih... PLKN kira salah satu program yang mampu untuk membantu... Tapi kita wajib fikirkan bersama program-program lain yang sesuai bagi mendekati mereka sehingga berjaya. Bukan sekadar laksanakan aje tapi tak buat post mortem. Apa yang ada kini mungkin belum berjaya sepenuhnya kerana masih banyak lagi kes-kes salah laku pelajar sekolah sekarang nih yang dilaporkan. Malah ia semakin membimbangkan!!! Banyak pihak yang bertanggungjawab sebenarnya dalam hal ni tapi sendiri mau ingatlah... yang penting toksah give up!

aku kalau komen hal macam ni memang tak habis satu web ni... tapi takperlah...cuba kalian bagi pendapat bernas tentang masalah besar negara yang semakin meluas secara gerila nih... kadang tu betul jugak, dok sibukkan sangat hal politik tapi hal anak bangsa langsung tak bagi fokus... esok-esok bila dah teruk nanti baru nak buat program dan kempen itu ini... aduhai Malaysiaku sayang...

Bukan salah dia...

entahlah... aku rasa aku patut coretkan juga pasal ni... pasal satu kes kekecewaan terhadap sikap masyarakat sekeliling sekarang... mungkin ia nampak remeh, tapi itulah realiti sebenarnya...
mana tahu mungkin kalian pernah mengalaminya...

macam ni kisahnya...

Awal pagi semalam, dalam jam 2 pagi aku memandu keretaku dari Pantai Dalam menuju ke Cheras. Ada hal urgent dengan member. Mungkin sudah lama sangat aku tak sampai ke Cheras, jadi lokasi yang aku tuju menjadi blur... hehehe... lupa.

Dalam suasana gelap dan hujan renyai-renyai... aku sesat di dalam kawasan Cheras. Tambah pula kredit tinggal empat sen aje. aduhhhh...!!!~
Aku pening. Lokasi yang aku cari masih tak jumpa. So aku fikir mau tanya pada orang ramai ajelah... senang cerita. Itu cara terbaik.

Pusing punya pusing, kedai tak ada satupun yang masih buka... keliling aku kawasan taman perumahan. so bila jam dua pagi sure dah gelap...orang dah nyenyak tidur... dah tu pulak time tu kan hujan renyai... orang lepak tepi jalan pun takde... aduhhhhh!!!~
aku makin pening... member pula fikir aku tau tempat tu jadi dia takde pula call...ishk, ishk, ishk...

sampai aje satu simpang di satu trafik light, ada sebuah kereta di sebelahku dan aku lambai padanya untuk bertanyakan jalan... seorang lelaki dalam lingkungan umur 30an... tapi mungkin waktu tu jam dua pagi, suasana gelap, so dia buat taktau aje... dan terus berlalu pergi. ishk! geram betul!

lepas itu datang pula sebuah lagi kereta, kebetulan waktu itu lampu merah. Dua orang perempuan di dalamnya. aku perasan cermin keretanya tidak tutup. jadi aku terusnya bertanyakan lokasi tempat yang ingin kutuju, lantas dia terus berlalu dengan wajah yang nampak takut-takut sikit...huhuhuhu...

memang geram campur marah campur macam-macam lagi perasaan aku waktu itu... mereka tak kesian ke tengok orang dalam kesusahan? terlalu pentingkan diri sendiri...!!!~
entah kenapalah mereka ini semua tidak seperti apa yng dipaparkan di tv dan di akhbar - tolong menolong, hormat menghormati... mana pergi semangat harmoni dan perpaduan rakyat yang PM kita sarankan tu? adakah masyarakat kita sekarang sedang dalam proses perubahan attitude? kalau positif takpe jugak ini negatif... aduhhhhhhhhhh!!!~

tapi bila difikirkan balik, mungkin mereka tu semua takut dan lebih hati-hati. Yelah, sekarang kita tengok macam-macam jenayah sedang menghantui masyarakat kita. ada-ada aje cerita baru di tabloid pasal kes itu, kes ini, dan macam-macam kes sehingga yang tak masuk akal pun ada... ahahahaha... so, tak salah jika kita berhati-hati...

so,... malam tu aku pusing punya pusing... sampai jugak. member aku dah setengah kotak rokok dah abis... wahahahaha... aku terpaksa kena belanja dia supper sebab dah lewat 25 minit... adoiiiiiiiiiiiii!!!~

tapi takperlah... bila aku fikirkan semula, memang aku akan tergelak dalam kecewa...
hehehehe...
apalah nak jadi dengan Malaysia ni suatu hari nanti jika perlahan-lahan tanpa kita sedar, masyarakat kita makin hilang nilai-nilai murni yang ada dalam masyarakat Tanah Melayu dulu...
masing-masing sibuk kejarkan kepentingan diri sendiri... aduhai Malaysiaku sayang...

Lagu Terbaik AIM 2007... Sememangnya Terbaik...!!!~

pada AIM 2007 yang lalu, lagu Izinkanku Pergi nyanyian Kaer (bekas student AF) yang dicipta oleh Azlan Abu Hassan dan lirik oleh Sulu Sarawak telah mendapat anugerah lagu terbaik keseluruhan...

Tahniah dan syabas diucapkan kepada ketiga-tiga insan seni yang bertuah nih...
memang layak sangatlah mereka dapat kerana melodi lagu itu sangat syahdu, disisipkan dengan lirik yang amat feeling sambil vokal lentok Kaer mencukupkan pakej lagu tersebut untuk menjadi lagu kegemaran ramai sehingga kini... kira boleh jadi lagu evergreen lah...hehehehe

Tapi memang cukup 'cantik' lagu nih... ikhlas gue puji ni...huhuhuhu
pasal gue memang minat gak lagu nih...salu pasang...
Azlan Abu Hassan kalo bikin lagu memang jarang gagal...cayolah bro!
Dan pada mereka yang pernah ada pengalaman kena tilnggal kekasih...aduh! lagi tangkap lentok, maybe sampai boleh menitiskan air mata tanpa sedar... uhuk...uhuk...uhuk... serius wa cakap ni beb!!!!~...

Izinkan Ku Pergi~

Sinaran mata
Cerita segalanya
Duka lara terpendam
Memori semalam

Tinggal segala cinta
Tiada kembalinya
Lama dikasih kita
Kau bawa bersama

Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga...Selamanya

(Korus)
Pergilah rinduku
Hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung
Derita dikalbuku

Pergilah sayangku
Bermula semula
Semangat cintaku
Membara ...
kerana diaTiada niatku

Tersemat dijiwa
Setia bersamanya
Cinta murni berdua
Beribu teguhnya

Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga
Selamanya...

(Ulang korus)
Pergilah sayangku
Bermula semula
Semangat cintaku
Membara
kerana diaTiada niatku

Maafkan aku duhai kasih
Izinkan ku pergi

Friday, May 30, 2008

my "Yellow Puff"


Entah kenapa... tiba-tiba je rasa macam nak posting plak gambar kereta aku nih...huhuhuhu

Maybe pasal dah nak masuk lima tahun usianya...jadi aku up sket gamba keta aku nih sebagai tatapan kekawan semua...

Walaupun dah makin buruk dan makin 'tua'... namun aku tetap sayangkan keta kecik nih kerana telah banyak berjasa pada aku... pasal inilah satu-satunya kenderaan yang aku ada. hehehehe...

Tak kenal ujan panas aku belasah aje...
Dari johor sampai ler ke Perlis keta ni dah bawak aku...
Cameron Highland, Genting Highland, Bukit Fraser...suma keta ni dah daki...huhuhu

tu pasal aku memang cayang giler dgn keta nih...walaupun tiap bulan ada-ada ajelah benda yang rosaknya... mintak duit sajalah keta nih... uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!~

love "yellow puff" ~

Kursus Asas Ketenteraan bagi Pegawai Awam MINDEF


Selama bekerja di Kementerian Pertahanan, macam-macam pengalaman baru yang gue dapat. Salah satunya ialah dapat join Kursus Asas Ketenteraan di Kem Puswatan, Ipoh, Perak. Kursus ni diwajibkan kepada semua pegawai-pegawai Awam yang bekerja di Kementerian Pertahanan. walaupun ia takdelah teruk mana, pasal kami ni pegawai Awam...

Tapi pengalaman selama dua minggu tu yang buatkan gue rasa teruja dengan latihan yang mereka berikan. hehehehehe... macam-macam aktiviti yang kami semua lalui... ketat giler jadual sepanjang kursus tuh... So gue story sket je ah...secara ringkas pada kowang sumer...
Sepanjang kat sana kitowang ada gak masok hutan di Kem Gubir... buat khemah sendiri dan tidor dalam khemah tu... huhuhuhu... memang best giler... pasal tetengah tido tu pulak hujan lebat...khemah becak²... aduhhhh. sabar ajelah time tuh.... jam 6pagi plak suma kena siap dah...huhuhu kami suma dibekalkan dgn 'rangsum' (bekalan makanan) yang mentah... so dgn alatan masak askar yang kami bawa, kami masak ah nasik n kuah sama-sama...huhuhuhu

...n then ada latihan baca peta di mana kami dipecahkan ikot kumpulan...n dilepaskan berasingan dalam hutan... dengan peta, kompas n pembaris separa bulat tuh...(nama sebenarnya gue dah lupa plaks)...kitowang kena pandai-pandai ah cari jalan ke lokasi...ada grup yang sesat woooo... tengah malam baru sampai...huhuhu...memang mencabar ah... lebih 6 jam dalam hutan tuh... ye ah, dah ler sampai tengah malam, letih giler sebab sesat. n then kena cari dahan², daun² dalam malam gelap kat hutan tuh untuk buat khemah sendiri...huhuhuhuhu.... tapi memang syok ah! pengalaman baru... tambah plak cuaca hujan... adoiii... memang mencabar jiwa raga zahir batin... wahuhuhu

Kat sana gue pon ada gak belajar menembak guna styer n M16... huhuhuhu syok giler... hehehehe siap ada pertandingan menembak lagi kat lapang sasar ntah hapa tah namanya... lupa plaks ...kikikiki kawat-kawat tu toksah cakap ah... tiap pagi tengah hari n petang ada latihan.... tapi bila dah ramai-ramai memang best ah... bersemangat gila semuanya...huhuhu

Gue pon dapat pengalaman naik helikopter NURI... kitowang dibawa ke sempadan Malaysia-Thailand... n then jengah lokasi askar M'sia yang berkawal di sana... huhuhu... pilot tu plak bawak laju gila siap dengan aksi gila-gila...hehehehe... tapi memang best!!! n macam-macam aktiviti lagilah! tempur dengan senjata, makan malam beradat, bersukan spt bola tampar, bowling, pergi melawat kem survival...dan lain-lain... jadual yang memang padat tapi semuanya best... bila dah abis tu rasa macam kejap je pulak...hehehehe

Kalo dibagi peluang lagi sekali, memang gue nak join lagik!!!! huwahahahahahaha.... syok wooOOOooo!!!!~

Kursus Wartawan Penyiaran...


Kursuz Wartawan Penyiaran yang dianjurkan oleh IPTAR, under Kementerian Penerangan Malaysia...

Kursuz selama dua bulan lebey... lamanya wehhhhh!!!~
Masa memula dapat surat tu tercangak gak gue, apapasal lama nau kursoz ni? adoiiiiiiiiiii!!!!

Tapi kan, kursoz ni siap ada bagi asrama lagi kat dalam Angkasapuri tu. asrama punyalah cun... bilik single. Isi dalam standard ah...katil single, almari baju 2 pintu, meja stadi...tapi apa yg paling best, siap ada toilet & aircond... dah mcm hotel plak... memang mewah ler...huhuhuhu

Pastu plak kat bilik gue dapat wifi !!!!! lagilah bertambah kemewahannya!!!~ tenet sokmo... huhuhuhu

So dua bulan lebih gue dalam tu dah macam berkampung ah...hehehehehe
Dengan kekawan pon dah rapat giler... apa-apa suma bersama. makan sama, gi klas sama.. cuma tido je ah masing-masing...kikikiki

Member kelas pulak toksah cakap ah... masing-masing dengan karektor sendiri... menjadikan suasana ceria sokmo... ...kekekekke. muala-mula tu suma kontrol cun, kontrol macho...kononnya ler...huhuhu
walopon kami berlainan agensi , berbeza umur, dan tak penah kenal b4 nih..., tapi bila dah seminggu tu kitowang jadik kloz giler....huhuhuhu itu yg buatkan gue bersemangat teruskan kursuz nih sampai ler abisssssssss
Kowang memang best ah!~... zasssssssss!!!~

Subjek and jadual kursuz pulak memang cemerlang. Maybe coz penganjur nih dah ada pengalaman dalam kendalikan kursuz mcm ni bertahun-tahun... so no problem ah...

pensyarah semua hebat-hebat belaka... tahap DR. pun ada... huhuhu...tapi semuanya sporting. terima kasih sgtlah pada urusetia...

Ilmu pun memang selambak giler gue dapat... banyak wooooo
Dari tak tau apa-apa...skang ni dah tahap ready & standby je kalo mana-mana stesen tv bagi job...wakakakakaka... kononnya lerrr...

Apa-apa pun memang gue dapat banyak ilmu dan pendedahan... seiring dengan minat dan basic yg gue ada...alhamdulillah, inshaAllah apa yg gue belaja akan dipraktikkan... memang tak sia-sia bos gue kat MINDEF tu anta gue gi kursus nih... dia kata gue ada banyak potensi lagi pergi jauh dalam bidang nih...so apa-apa kursuz amik aje selagi ada peluang...huhuhuhu...
bos gue memang terbaik ah... cayang bos! muah!~

ok ler... penat plak jemari ni naip... len kali ketemu juak eh...huhuhuhu wasalamz.....