Saturday, May 31, 2008

Apa Nak Jadi Dengan Bebudak Sekolah Sekarang Ni...

Pelajar Kunjungi Ibu Kota Diperkosa Teman Lelaki
Harian Metro - 31 Mei 2008 (Sabtu)

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang pelajar perempuan tingkatan dua sebuah sekolah menengah di Pahang datang ke ibu kota untuk bermadu kasih dengan teman lelaki bertukar mimpi ngeri apabila dia ‘dirogol’ kekasihnya di Pandan Indah di sini, baru-baru ini. Pelajar berusia 14 tahun itu merancang bertemu teman lelakinya yang tinggal ibu kota untuk melepaskan rindu. Teman lelakinya berusia 17 tahun...


Adoiiii!!!!
aku bila baca aje berita ni rasa nak lempang aje dua-dua budak tuh. Nasib baik mereka tu anak orang lain tapi kalau adik aku....ishk,ishk,ishk... Apa nak jadi dengan bebudak sekolah zaman sekarang... walaupun keputusan yang cemerlang PMR dan SPM tiap tahun meningkat tapi moral dan attitude mereka kebanyakannya DOWN!!! Bayangkan apakah rupa Malaysia satu hari nanti kalau negara kita dipenuhi oleh generasi yang bermoral dasyat sebegini kelak???
Dalam surat khabar sekarang ni pun dah semakin banyak kes jenayah berat yang dilakukan oleh pelajar sekolah kita. Kalau seks bebas tu dah macam perkara biasa pulak. Siap boleh rakam merakam lagi guna handphone dan siarkan dalam internet. Bangga ler tu konon... aduhhhhhhhh!!!~

Yang perempuannya baru tingkatan dua sudah pandai bercinta bagai nak rak sampai sanggup turun KL jumpa boipren tak guna tu. Kesian pun ada jugak. Konon-konon nak tunjukkan sangat cinta sejatinya tu... tapi si boipren ni siang-siang lagi udah plan mau bikin benda tak senonoh...

Mungkin cerita cinta mereka hebat mengalahkan cerita hindustan tapi mereka lupa yang akal fikiran mereka belom matang sepenuhnya. Itulah yang selalu membuatkan pelajar atau juvana kita ini menyusahkan negara. Lebih-lebih lagi mak bapak mereka. Bila dah jadi macam-macam baru nak menangis depan orang tua mintak tolong... menyesal konon-konon...
aduhhhhhhhhhhh!!!~

Nampaknya kempen berterusan di sekolah-sekolah harus lebih ditingkatkan dengan bersungguh-sungguh. Perhatian kepada semua murid tanpa mengira sekolah dan kawasan harus dipantau sentiasa. Kerana aku yakin, hanya di sekolahlah tempat pelajar ini semua boleh kita bentuk. Sepanjang dari form one sampai form 5 tu macam-macam boleh jadi... masa itulah macam-macam pengaruh datang... lebih-lebih lagi zaman sekarang nih... PLKN kira salah satu program yang mampu untuk membantu... Tapi kita wajib fikirkan bersama program-program lain yang sesuai bagi mendekati mereka sehingga berjaya. Bukan sekadar laksanakan aje tapi tak buat post mortem. Apa yang ada kini mungkin belum berjaya sepenuhnya kerana masih banyak lagi kes-kes salah laku pelajar sekolah sekarang nih yang dilaporkan. Malah ia semakin membimbangkan!!! Banyak pihak yang bertanggungjawab sebenarnya dalam hal ni tapi sendiri mau ingatlah... yang penting toksah give up!

aku kalau komen hal macam ni memang tak habis satu web ni... tapi takperlah...cuba kalian bagi pendapat bernas tentang masalah besar negara yang semakin meluas secara gerila nih... kadang tu betul jugak, dok sibukkan sangat hal politik tapi hal anak bangsa langsung tak bagi fokus... esok-esok bila dah teruk nanti baru nak buat program dan kempen itu ini... aduhai Malaysiaku sayang...

Bukan salah dia...

entahlah... aku rasa aku patut coretkan juga pasal ni... pasal satu kes kekecewaan terhadap sikap masyarakat sekeliling sekarang... mungkin ia nampak remeh, tapi itulah realiti sebenarnya...
mana tahu mungkin kalian pernah mengalaminya...

macam ni kisahnya...

Awal pagi semalam, dalam jam 2 pagi aku memandu keretaku dari Pantai Dalam menuju ke Cheras. Ada hal urgent dengan member. Mungkin sudah lama sangat aku tak sampai ke Cheras, jadi lokasi yang aku tuju menjadi blur... hehehe... lupa.

Dalam suasana gelap dan hujan renyai-renyai... aku sesat di dalam kawasan Cheras. Tambah pula kredit tinggal empat sen aje. aduhhhh...!!!~
Aku pening. Lokasi yang aku cari masih tak jumpa. So aku fikir mau tanya pada orang ramai ajelah... senang cerita. Itu cara terbaik.

Pusing punya pusing, kedai tak ada satupun yang masih buka... keliling aku kawasan taman perumahan. so bila jam dua pagi sure dah gelap...orang dah nyenyak tidur... dah tu pulak time tu kan hujan renyai... orang lepak tepi jalan pun takde... aduhhhhh!!!~
aku makin pening... member pula fikir aku tau tempat tu jadi dia takde pula call...ishk, ishk, ishk...

sampai aje satu simpang di satu trafik light, ada sebuah kereta di sebelahku dan aku lambai padanya untuk bertanyakan jalan... seorang lelaki dalam lingkungan umur 30an... tapi mungkin waktu tu jam dua pagi, suasana gelap, so dia buat taktau aje... dan terus berlalu pergi. ishk! geram betul!

lepas itu datang pula sebuah lagi kereta, kebetulan waktu itu lampu merah. Dua orang perempuan di dalamnya. aku perasan cermin keretanya tidak tutup. jadi aku terusnya bertanyakan lokasi tempat yang ingin kutuju, lantas dia terus berlalu dengan wajah yang nampak takut-takut sikit...huhuhuhu...

memang geram campur marah campur macam-macam lagi perasaan aku waktu itu... mereka tak kesian ke tengok orang dalam kesusahan? terlalu pentingkan diri sendiri...!!!~
entah kenapalah mereka ini semua tidak seperti apa yng dipaparkan di tv dan di akhbar - tolong menolong, hormat menghormati... mana pergi semangat harmoni dan perpaduan rakyat yang PM kita sarankan tu? adakah masyarakat kita sekarang sedang dalam proses perubahan attitude? kalau positif takpe jugak ini negatif... aduhhhhhhhhhh!!!~

tapi bila difikirkan balik, mungkin mereka tu semua takut dan lebih hati-hati. Yelah, sekarang kita tengok macam-macam jenayah sedang menghantui masyarakat kita. ada-ada aje cerita baru di tabloid pasal kes itu, kes ini, dan macam-macam kes sehingga yang tak masuk akal pun ada... ahahahaha... so, tak salah jika kita berhati-hati...

so,... malam tu aku pusing punya pusing... sampai jugak. member aku dah setengah kotak rokok dah abis... wahahahaha... aku terpaksa kena belanja dia supper sebab dah lewat 25 minit... adoiiiiiiiiiiiii!!!~

tapi takperlah... bila aku fikirkan semula, memang aku akan tergelak dalam kecewa...
hehehehe...
apalah nak jadi dengan Malaysia ni suatu hari nanti jika perlahan-lahan tanpa kita sedar, masyarakat kita makin hilang nilai-nilai murni yang ada dalam masyarakat Tanah Melayu dulu...
masing-masing sibuk kejarkan kepentingan diri sendiri... aduhai Malaysiaku sayang...

Lagu Terbaik AIM 2007... Sememangnya Terbaik...!!!~

pada AIM 2007 yang lalu, lagu Izinkanku Pergi nyanyian Kaer (bekas student AF) yang dicipta oleh Azlan Abu Hassan dan lirik oleh Sulu Sarawak telah mendapat anugerah lagu terbaik keseluruhan...

Tahniah dan syabas diucapkan kepada ketiga-tiga insan seni yang bertuah nih...
memang layak sangatlah mereka dapat kerana melodi lagu itu sangat syahdu, disisipkan dengan lirik yang amat feeling sambil vokal lentok Kaer mencukupkan pakej lagu tersebut untuk menjadi lagu kegemaran ramai sehingga kini... kira boleh jadi lagu evergreen lah...hehehehe

Tapi memang cukup 'cantik' lagu nih... ikhlas gue puji ni...huhuhuhu
pasal gue memang minat gak lagu nih...salu pasang...
Azlan Abu Hassan kalo bikin lagu memang jarang gagal...cayolah bro!
Dan pada mereka yang pernah ada pengalaman kena tilnggal kekasih...aduh! lagi tangkap lentok, maybe sampai boleh menitiskan air mata tanpa sedar... uhuk...uhuk...uhuk... serius wa cakap ni beb!!!!~...

Izinkan Ku Pergi~

Sinaran mata
Cerita segalanya
Duka lara terpendam
Memori semalam

Tinggal segala cinta
Tiada kembalinya
Lama dikasih kita
Kau bawa bersama

Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga...Selamanya

(Korus)
Pergilah rinduku
Hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung
Derita dikalbuku

Pergilah sayangku
Bermula semula
Semangat cintaku
Membara ...
kerana diaTiada niatku

Tersemat dijiwa
Setia bersamanya
Cinta murni berdua
Beribu teguhnya

Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga
Selamanya...

(Ulang korus)
Pergilah sayangku
Bermula semula
Semangat cintaku
Membara
kerana diaTiada niatku

Maafkan aku duhai kasih
Izinkan ku pergi