Saturday, May 31, 2008

Apa Nak Jadi Dengan Bebudak Sekolah Sekarang Ni...

Pelajar Kunjungi Ibu Kota Diperkosa Teman Lelaki
Harian Metro - 31 Mei 2008 (Sabtu)

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang pelajar perempuan tingkatan dua sebuah sekolah menengah di Pahang datang ke ibu kota untuk bermadu kasih dengan teman lelaki bertukar mimpi ngeri apabila dia ‘dirogol’ kekasihnya di Pandan Indah di sini, baru-baru ini. Pelajar berusia 14 tahun itu merancang bertemu teman lelakinya yang tinggal ibu kota untuk melepaskan rindu. Teman lelakinya berusia 17 tahun...


Adoiiii!!!!
aku bila baca aje berita ni rasa nak lempang aje dua-dua budak tuh. Nasib baik mereka tu anak orang lain tapi kalau adik aku....ishk,ishk,ishk... Apa nak jadi dengan bebudak sekolah zaman sekarang... walaupun keputusan yang cemerlang PMR dan SPM tiap tahun meningkat tapi moral dan attitude mereka kebanyakannya DOWN!!! Bayangkan apakah rupa Malaysia satu hari nanti kalau negara kita dipenuhi oleh generasi yang bermoral dasyat sebegini kelak???
Dalam surat khabar sekarang ni pun dah semakin banyak kes jenayah berat yang dilakukan oleh pelajar sekolah kita. Kalau seks bebas tu dah macam perkara biasa pulak. Siap boleh rakam merakam lagi guna handphone dan siarkan dalam internet. Bangga ler tu konon... aduhhhhhhhh!!!~

Yang perempuannya baru tingkatan dua sudah pandai bercinta bagai nak rak sampai sanggup turun KL jumpa boipren tak guna tu. Kesian pun ada jugak. Konon-konon nak tunjukkan sangat cinta sejatinya tu... tapi si boipren ni siang-siang lagi udah plan mau bikin benda tak senonoh...

Mungkin cerita cinta mereka hebat mengalahkan cerita hindustan tapi mereka lupa yang akal fikiran mereka belom matang sepenuhnya. Itulah yang selalu membuatkan pelajar atau juvana kita ini menyusahkan negara. Lebih-lebih lagi mak bapak mereka. Bila dah jadi macam-macam baru nak menangis depan orang tua mintak tolong... menyesal konon-konon...
aduhhhhhhhhhhh!!!~

Nampaknya kempen berterusan di sekolah-sekolah harus lebih ditingkatkan dengan bersungguh-sungguh. Perhatian kepada semua murid tanpa mengira sekolah dan kawasan harus dipantau sentiasa. Kerana aku yakin, hanya di sekolahlah tempat pelajar ini semua boleh kita bentuk. Sepanjang dari form one sampai form 5 tu macam-macam boleh jadi... masa itulah macam-macam pengaruh datang... lebih-lebih lagi zaman sekarang nih... PLKN kira salah satu program yang mampu untuk membantu... Tapi kita wajib fikirkan bersama program-program lain yang sesuai bagi mendekati mereka sehingga berjaya. Bukan sekadar laksanakan aje tapi tak buat post mortem. Apa yang ada kini mungkin belum berjaya sepenuhnya kerana masih banyak lagi kes-kes salah laku pelajar sekolah sekarang nih yang dilaporkan. Malah ia semakin membimbangkan!!! Banyak pihak yang bertanggungjawab sebenarnya dalam hal ni tapi sendiri mau ingatlah... yang penting toksah give up!

aku kalau komen hal macam ni memang tak habis satu web ni... tapi takperlah...cuba kalian bagi pendapat bernas tentang masalah besar negara yang semakin meluas secara gerila nih... kadang tu betul jugak, dok sibukkan sangat hal politik tapi hal anak bangsa langsung tak bagi fokus... esok-esok bila dah teruk nanti baru nak buat program dan kempen itu ini... aduhai Malaysiaku sayang...

No comments: